PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANLI (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Bahagıan II

Sunday, April 10, 2011

Dalam usaha untuk mengkaji serta meneladani kehebatan kerajaan atau dawlah Osmanlı, penulis amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Prof. Dr. Mehmet Maksudoğlu.

Melalui bukunya Osmanlı History 1289 – 1922, beliau menekankan bahawa dalam usaha kajian terhadap Osmanlı dilakukan, para pengkaji seharusnya menjadikan sumber dari Osmanlı sebagai sumber utama.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sejarawan Barat, Stanford J. Shaw dalam bukunya History of The Ottoman Empire and The Modern Turkey mengakui para pengkaji (khususnya para orientalis) dengan sengaja meminggirkan sumber Osmanlı, dan merujuk sumber-sumber Barat sebagai sumber utama.

Shaw turut membuat perbandingan dengan menyatakan, sekiranya kajian sejarah Perancis dibuat dengan meminggirkan sumber dari Perancis, dan sebaliknya menggunakan sumber dari British dan Itali sebagai sumber utama, sudah pasti kajian itu dianggap tidak tepat dan berat sebelah.

Dengan yang demikian, kajian tersebut hilang kredibiliti sebagai kajian ilmiah.

Prof. Dr. Mehmet Maksudoğlu turut mengungkapkan, dalam usaha menekuni sejarah Osmanlı, istilah Osmanlı harus dikekalkan dan tidak digantikan dengan istilah Ottoman, sebagaimana yang dilakukan oleh para pengkaji Barat.

Menurut beliau, penggunaan istilah Ottoman adalah merupakan satu tindakan untuk ‘mencacatkan’ sejarah Osmanlı.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan pandangan beliau dan dengan itu, sebarang perkara yang dikaitkan dengan Ottoman dan Uthmaniyyah akan menggunapakai istilah ‘Osmanlı’.


Namun, dalam usaha menekuni sejarah Osmanlı secara neutral, hanya penggunaan neraca Islam dapat memberikan kita gambaran secara adil dan tepat, walau apapun istilah yang digunakan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP