Seminar Baldatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah

Monday, January 31, 2011

24 Safar 1432 (29.01.11), Universiti Malaya - S.U.A. GPTD merangkap Ketua Grup GPTD Turki, telah menghadiri "Seminar Baladatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah" anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor.

Seminar ini merupakan yang kedua selepas penganjuran siri yang sama membentangkan Model Andalusia.

Sebanyak 9 kertas kerja yang dibentangkan oleh 8 pembentang merangkumi jatuh bangun kerajaan Osmanlı, perkembangan fiqh di zaman tersebut, aspek kewarganegaraan dan ekonomi.

Kertas kerja yang dibentangkan amat baik dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat mendalami pengetahuan berkenaan kerajaan Osmanlı, khususnya penggerak GPTD Turki.

Salah satu pembentangan yang menarik adalah mengenai usaha kerajaan Osmanlı dalam menyelamatkan Granada yang dibentangkan oleh Dr. Eeman Muhammad Abbas.

Y.Bhg. Dato' Hj. Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan seminar sekaligus melancarkan 3 buah buku terbitan PUM Selangor iaitu Baldatun Toyyibah Model Andalusia, Buku Fiqh Masyarakat Bukan Islam dan Buku Baldatun Toyyibah Model Uthmaniyyah.

Pihak GPTD Turki ingin menyarankan agar semua penggerak GPTD mendapatkan buku-buku ini dalam usaha menyemarakkan lagi gerak kerja GPTD.


GPTD Turki turut berazam untuk mengadakan mini-seminar berkaitan Osmanlı. Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat untuk mengikutinya boleh mengemaskini maklumat di laman ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP