PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANLI – Bahagian III

Sunday, May 1, 2011


Gündüz Alp dan Ertuğrul Gazi – tidak banyak yang diketahui mengenai mereka.


Disebabkan kurangnya catatan rasmi mengenai mereka, kebanyakan kisah yang dikaitkan dengan leluhur Osman Gazi dan sejarah awal Osman Gazi sendiri, dianggap sebagai legenda, bahkan ada yang menganggapnya sebagai mitos.

Menurut sumber Osmanli, bapa Ertuğrul Gazi dikenali sebagai Gündüz Alp dari puak Kayı.

Leluhur Gündüz Alp telah mula berkhidmat sebagai pahlawan Kerajaan Selçük sejak era pemerintahan Tuğrul Bey (1037M – 1063M) dan Alp Arslan (1064M – 1072M).

Alp adalah gelaran yang diberikan kepada pahlawan terbilang Türkmen.

Kerajaan Selçük ketika itu berpusat di Khurasan (Iran).

Gündüz Alp telah bermastautin di Ahlat, sebuah wilayah yang teletak di Timur Anatolia.

Read more...

Kerajaan Awal Turki

Monday, April 11, 2011

Bangsa Turki tinggal di sekitar Pergunungan Altay, selatan Sungai Yenisey di Siberia Utara. Mereka mendakwa berketurunan Ya’feth, anak lelaki Nabi Nuh a.s.

Tokoh yang terkenal dari bangsa ini dikenali sebagai Oğuz Han.

Melalui zuriat beliau, lahirlah keturunan yang kemudiannya berkembang menjadi pelbagai puak, antaranya puak Salur.

Salur dikatakan hidup pada zaman RasululLah S.A.W. dan anaknya, Çanak Han memeluk Islam. Puak-puak yang lain turut mengikut jejak puak Salur dengan memeluk Islam.

Read more...

PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANLI (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Bahagıan II

Sunday, April 10, 2011

Dalam usaha untuk mengkaji serta meneladani kehebatan kerajaan atau dawlah Osmanlı, penulis amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Prof. Dr. Mehmet Maksudoğlu.

Melalui bukunya Osmanlı History 1289 – 1922, beliau menekankan bahawa dalam usaha kajian terhadap Osmanlı dilakukan, para pengkaji seharusnya menjadikan sumber dari Osmanlı sebagai sumber utama.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Read more...

Seminar Baldatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah

Monday, January 31, 2011

24 Safar 1432 (29.01.11), Universiti Malaya - S.U.A. GPTD merangkap Ketua Grup GPTD Turki, telah menghadiri "Seminar Baladatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah" anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor.

Seminar ini merupakan yang kedua selepas penganjuran siri yang sama membentangkan Model Andalusia.

Sebanyak 9 kertas kerja yang dibentangkan oleh 8 pembentang merangkumi jatuh bangun kerajaan Osmanlı, perkembangan fiqh di zaman tersebut, aspek kewarganegaraan dan ekonomi.

Read more...

Recent Posts

Total Pageviews

Anda Pengunjung ke...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP