PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANLI (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Bahagian I

Monday, July 20, 2009


Kerajaan Osmanlı diasaskan oleh Osman Gazi atau nama sebenarnya Osman bin Ertuğrul bin Gündüz Alp, pada tahun 1289 Masihi.

Kerajaan Osmanlı mewarisi takhta merupakan lanjutan kerajaan Selçük Turki yang sebelum itu memerintah Anatolia, dan bukannya merampas kekuasaannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Selama lebih 600 tahun pemerintahan Osmanlı, ia ditadbir oleh 36 orang sultan, yang mana dua sultan terakhir dikatakan hanya sebagai boneka akibat penggulingan dan pemberontakan rejim sekular.

Kerajaan Osmanlı mencapai puncak penguasaannya pada tahun 1683, dan mulai lemah selepas itu pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed IV.

Kemuncak keluasan wilayah Osmanlı pada tahun 1683 meletakkan penguasaannya sejauh Algeria di Afrika Utara (termasuk Mesir dan Tunisia), Hungary hingga pintu kota Vienna (Austria sekarang) di Eropah, dan Baku (di Azerbaijan) dan Basra (Iraq) di bahagian Timur, selain menaungi Al-Haramain iaitu Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

Di antara sultan-sultannya yang masyhur termasuklah Osman Gazi, Orhan Gazi, Yıldırım Beyazid, Murad I (Amurath), Fatih Sultan Mehmed, Kanuni Sultan Süleyman, Yavuz Sultan Selim, dan Sultan Abdul Hamid II.

Di penghujung kekuasaan kerajaan Osmanlı, sejarahnya yang agung telah dicemari oleh kecintaan pemerintahnya kepada dunia, lalu memberi ruang kepada pemberontakan yang didalangi oleh musuh-musuh Islam sehingga mengakibatkan musnahnya sebuah kerajaan agung Islam serta menjadi punca krisis kemanusiaan di Palestin yang masih belum berakhir hingga hari ini.

Terlalu banyak pengajaran dapat dikutip pada sejarah Khilafah Islamiyah terakhir ini. Insya Allah, ia akan diperkatakan dalam siri-siri yang seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP