Kerajaan Awal Turki
Monday, April 11, 2011
Bangsa Turki tinggal di sekitar Pergunungan Altay, selatan Sungai Yenisey di Siberia Utara. Mereka mendakwa berketurunan Ya’feth, anak lelaki Nabi Nuh a.s.
Tokoh yang terkenal dari bangsa ini dikenali sebagai Oğuz Han.
Melalui zuriat beliau, lahirlah keturunan yang kemudiannya berkembang menjadi pelbagai puak, antaranya puak Salur.
Salur dikatakan hidup pada zaman RasululLah S.A.W. dan anaknya, Çanak Han memeluk Islam. Puak-puak yang lain turut mengikut jejak puak Salur dengan memeluk Islam.
Dalam usaha untuk mengkaji serta meneladani kehebatan kerajaan atau dawlah Osmanlı, penulis amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Prof. Dr. Mehmet Maksudoğlu.